Dengan itu, Tun Mamat ditugaskan ke puncak dan menemui seorang nenek tua atau lebih dikenali sebagai nenek kebayan yang sebenarnya, samaran kepada Puteri Gunung Ledang. Puteri Gunung Ledang dikatakan menolak pinangan Sultan Mahmud dengan mengenakan tujuh syarat yang tak mampu ditunaikan, ialah:
- 1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.
- 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
- 7 dulang hati nyamuk.
- 7 dulang hati hama.
- 7 tempayan air mata anak dara.
- 7 tempayan air pinang muda.
- 1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak lagi.
Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Melaka kecuali darah
puteranya. Dalam Hikayat Hang Tuah, Sultan yang meminang dengan Puteri
Gunung Ledang bukannya Sultan Mahmud, tetapi Sultan Mansor Shah.
- (Dalam karya agungnya Sulalatus al-Salatin (Sejarah Melayu) Tun Sri Lanang mengisahkan tentang Sultan Mahmud yang setelah kematian isteri, berhasrat meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak mahu beristerikan puteri raja biasa kerana ia bererti sama dengan raja-raja lain. Baginda ingin tampil lain dari yang lain. Katanya, “…yang kita kehendaki barang yang tiada pada raja-raja yang lain, itulah yang hendak kita peristeri. Akan sekarang, kita hendak menyuruh meminang Puteri Gunung Ledang;…….” ).
No comments:
Post a Comment