Wednesday, September 25, 2013

Sukacita, dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Tangkak menjemput semua warga Negara Malaysia yang kreatif menyertai pertandingan Merekacipta Maskot Pelancongan Daerah Ledang 2013, bersempena dengan Halatuju Pelancongan Daerah Ledang pada tahun ini. Sila klik pada www.mdtangkak.gov.my/pengumuman untuk maklumat lanjut.

Wednesday, September 4, 2013

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2013

Kembara Mahkota Johor bermula pada 24 Ogos 2013 hingga 27 Ogos 2013. Pada hari kedua, Ahad 25 Ogos 2013 Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor beserta rombongan Kembara Mahkota Johor berangkat ke Taman Tangkak Jaya, Ledang. DYMM Sultan Johor menyaksikan demonstrasi masakan roti canai terbang, wi cang dan tosei. DYMM Sultan Johor juga menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin dan warga emas oleh MAIJ dan JKM.