Sunday, November 29, 2015

KARNIVAL LEDANG 2015



Orang ramai di jemput hadir ke Karnival Ledang 2015 dengan temanya  "Puteri Gunung Ledang" yang akan berlangsung pada 2 hingga 7 Disember 2015 (Rabu - Isnin) dari jam 8 pg-11 mlm. Pelbagai acara menarik seperti Car Booth Sale, Zumba, Gerai Jualan, Pameran, Cabutan Bertuah, Pemeriksaan Kesihatan Percuma dan Persembahan Kebudayaan.

Acara kemuncak pada 6 Disember 2015 dengan pelbagai pengisian program seperti Pertandingan Mewarna Untuk Kanak-Kanak, Pertandingan Sepak Raga Bulatan, Pertandingan Congkak, Treasure Hunt Ledang, Pertandingan Kilauan Ledang (Karaoke) dan macam-macam lagi menanti anda. Turut berlangsung Pelancaran Hari Lanskap Daerah Ledang & Pengistiharan Daerah Ledang Sebagai Daerah Pelancongan)

Borang dan Syarat Penyertaan Pertandingan (6 Disember 2015) boleh di dapati di laman web rasmi Majlis Daerah Tangkak :
http://www.mdtangkak.gov.my/pengumuman…

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan "Karnival Ledang 2015"


Thursday, November 26, 2015

:: PENGUMUMAN!! Special Car Boot Sale akan diadakan sempena Karnival Ledang 2015 pada 6 DISEMBER 2015 (Ahad) bertempat di Tempat Letak Kereta Dewan Jubli Intan Tangkak, Ledang bermula jam 8.00 Pagi hingga 12 Malam.. Bagi sesiapa yg berminat, boleh terus datang ke tapak car boot sale.. Kutipan akan akan dilakukan semasa car boot sale dijalankan.. Tempat adalah terhad.. Siapa cepat dia dapat.!

Saturday, November 7, 2015

:: LEDANG 4 Nov. - Pulau Durian Chondong di Kampung Durian Chondong, dekat sini akan dibangunkan sebagai produk eko-pelancongan baharu di daerah ini dengan kos RM2 juta bermula Januari depan dalam projek yang akan siap dalam masa setahun. Pulau dengan keluasan kira-kira 32 hektar itu akan dikendalikan Maj­lis Daerah Tangkak (MDT) di mana ia melibatkan kemudahan asas di Kampung Durian Chondong yang menghubungkannya dengan Pulau Durian Chondong. Yang Dipertua MDT, Mohd. Masni Wakiman berkata, naik taraf jeti dan tempat letak kenderaan akan dilakukan di Kampung Durian Chondong selain tandas awam yang selesa untuk kegunaan pengunjung. “Di bahagian pulau pula akan dibina antaranya jeti, tandas, dataran, kawasan berkhemah dan laluan pejalan kaki. Namun pembinaan akan diminimumkan untuk menjaga alam sekitar pulau yang terletak pada jarak lima minit dari Kampung Durian Chondong ini. “Pulau Durian Chondong mempunyai pelbagai keistimewaan sendiri, kaya dengan keindahan alam semulajadi flora dan fauna,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MDT dengan Habrisalam Architect, pemaju yang membangunkan pulau itu. MDT diwakili Mohd. Masni manakala Habrisalam Architect diwakili Prinsipalnya, Habri Salam dan MoU itu disaksikan Pengarah Majlis Pembangunan Pelancongan Parlimen Pagoh (MPPPP), Mohd. Solihan Badri dan Setiausaha MDT, Nazri Izuddin Madon. Mohd. Hasni berkata, antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah berkayak, berkhemah dan meman­cing kerana terdapat banyak habitat udang galah dan ikan baung. “Penduduk setempat akan menyediakan kemudahan inap desa dan perkhidmatan bot kepada pelancong. Pelancong boleh mani­ki bot mengelilingi pulau itu de­ngan masa kira-kira 40 minit untuk menikmati keindahan dan keunikannya yang tidak terdapat di tempat lain,” ujarnya lagi.